Thursday, August 14, 2008

(PKR) Jangan pandang rendah terhadap jentera BN: Anwar

BUKIT MERTAJAM: Jentera pilihan raya Pakatan Rakyat diingatkan agar tidak memandang rendah jentera Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata jentera itu perlu diperkukuhkan lagi dengan kerjasama erat di kalangan anggota, dan menurutnya Pakatan Rakyat bukan berhadap dengan Umno semata-mata pada pilihan raya ini, tetapi seluruh jentera pilihan raya BN. “Jangan pandang rendah pada jentera BN, jangan ada individu yang miliki perasaan sudah selesa. Pertandingan ini bukan mudah. Apa yang penting kena pertahankan (parlimen) Permatang Pauh,” katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di Kubang Semang, malam tadi.
Beliau turut melancarkan moto kempen pilihan raya pakatan itu yang mengetengahkan slogan “Merdeka”. Sementara itu dalam ceramahnya di Kampung Kota, Permatang Pasir malam tadi, Anwar turut meminta agar penyokongnya mendermakan sekurang-kurangnya RM1 bagi dana pilihan rayanya. Ceramah yang dihadiri kira-kira 3,000 orang penyokongnya itu turut dihadiri Presiden DAP, Lim Guan Eng, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.
Dari apa yang di lihat melalui kenyataan DSAI di atas,Reaksi masyarakat Sandakan ( SABAH)– terhadap seluruh pemimpin-pemimpin PKR khususnya DSAI sendiri, bahawa pemimpin PKR telah menampakkan kelemahan mereka dan mengakui bahawa Jentera BN (UMNO) dan seluruh ahlinya memang kuat sekiranya Bersatu. Walau apapun BN jangan leka dan harus berwaspada. Sebab itulah kebanyakan ahli-ahli PKR Dan pemimpin-pemimpinnya sengaja mencetuskan pelbagai isu yang mengugat ketenteraman awan dengan hasrat memecahkan perpaduan dalam BN dan UMNO khususnya sahabat-sahabat Komponen BN. mereka amat takut sekiranya angota BN mengekalkan setiakawan kerana itulah senjata yang menentukan kemenangan BN dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu harus di ingat kepada semua jentera parti BN yang dihantar ke Permatang Pauh haruslah berkerja kuat bagi memastikan BN menang dan menawan kembali kawasan tersebut kerana itulah satu-satunya masa dan peluang untuk kita merampas kembali permatang pauh agar kembali kepangkuan BN. Rakyat juga merasakan kenapa perlu lagi pemimpin (PKR) itu meminta kepada rakyat RM 1 bagi menanggung dana pilihanraya yang akan datang. Bukankan ini membebankan rakyat kerana pada ketika ini rakyat terpaksa menanggung pelbagai kos saraan hidup yang meningka, dan t di tambah lagi dengan beban menghadapi lilihanyara yang harus di tanggung pula oleh rakyat. Ini menampakkan pemimpin itu memang lemah, muflis, tidak berkemampuan dan menyusahkan rakyat. Sepatutnya pemimpin seperti ini tidak di pilih dan dilupakan samasekali kerana masih banyak lagi pemimpin yang lebih berkemampuan dan berkebolihan seperti Pemimpin BN. Bukannya seperti pemimpin PKR yang sentiasa menyusahkan rakyat. SEKIRANYA DIBERI PELUANG UNTUK KE PERMATANG PAUH, RAKYAT SABAH INGIN BELASAH TERUK PKR DALAM PILIHANRAYA INI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 13, 2008

pemimpin yang terpilih


JULANG: Datuk Arif Shah Omar Shah dijulang penyokong selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail

CALON BN: Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (empat dari kiri) dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (P44), pada 26 Ogos ini. Pengumuman itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak bagi pihak Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pauh di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di Seberang Jaya di Butterworth, malam tadi. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Melihat wajah pemimpin BN yang terpilih dan bakal berentap dilapangan medan perang pilihanraya akan datang, diseru kepada semua bangsa ku agar bangkit bersatu padu, ketepikanlah semua perasaan tidak puashati dan sengketa. tumpukanlah perhatian kamu pada pilihanraya ini janganlah leka dan lalai, inilah peluang kali kedua untuk kita perbetulkan kesilapan yang lalu dan kuatkanlah azam kamu untuk memenangkan dan menawan kembali kawasan permatang pauh ini agar kembali kepangkuan kita BN. Hidup BN!!!!!!!
Kepada Datuk Arif Shah Omar Shah, kuatkanlah azam mu, julanglah martabat bangsa, ugama,dan negara mu yang tercinta kami doakan semoga kau berjaya. amin...............................

salam sejahtera kepada semua

selamat bertemu dilaman blog yang seterusnya