Wednesday, August 13, 2008

pemimpin yang terpilih


JULANG: Datuk Arif Shah Omar Shah dijulang penyokong selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) menentang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail

CALON BN: Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (empat dari kiri) dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (P44), pada 26 Ogos ini. Pengumuman itu dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak bagi pihak Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Permatang Pauh di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di Seberang Jaya di Butterworth, malam tadi. - Foto Fariz Iswadi Ismail

Melihat wajah pemimpin BN yang terpilih dan bakal berentap dilapangan medan perang pilihanraya akan datang, diseru kepada semua bangsa ku agar bangkit bersatu padu, ketepikanlah semua perasaan tidak puashati dan sengketa. tumpukanlah perhatian kamu pada pilihanraya ini janganlah leka dan lalai, inilah peluang kali kedua untuk kita perbetulkan kesilapan yang lalu dan kuatkanlah azam kamu untuk memenangkan dan menawan kembali kawasan permatang pauh ini agar kembali kepangkuan kita BN. Hidup BN!!!!!!!
Kepada Datuk Arif Shah Omar Shah, kuatkanlah azam mu, julanglah martabat bangsa, ugama,dan negara mu yang tercinta kami doakan semoga kau berjaya. amin...............................

No comments: